Harga Dan Katalog Gildan Malaysia

Harga Dan Katalog Gildan Malaysia
Dapatkan harga terkini pakaian Gildan Malaysia

Belajar Buat Silk Screen Printing Mudah

7:53 AM - By Jkay Printing

Belajar Silk Screen Printing Mudah
Teknik Cetak Kain Sutera Bukan Kamasutra

Ramai di antara kita yang sudah maklum apa yang dimaksudkan dengan silk screen printing atau lebih glemer dipanggil screen printing sahaja. Istilah ini sinonim dengan dunia perniagaan t-shirt custom design seperti yang dilakukan oleh Jkay Printing. Tetapi masih ramai lagi yang masih keliru dengan penggunaan istilah screen printing ini apalagi terdapat macam-macam jenis cara dan teknik yang digunakan untuk mencetak sesuatu design atau rekabentuk di atas baju t-shirt. Oleh itu episode kali ini akan digunakan sepenuhnya dengan fokus yang paling fokus haha untuk memberi keterangan dan penjelasan kepada anda dan kalian semua tentang apa itu yang dimaksudkan dengan teknik percetakan skrin sutera ini.

Apabila kita sebut screen, secara sedar atau di bawah sedar kita akan tahu bahawa kita menggunakan sesuatu sebagai lapisan untuk membuat sesuatu atau kadang-kadang kita panggil filter. Perkataan silk pula merujuk kepada sehelai kain sutera yang digunakan secara khusus untuk membuat screen yang disebut sebelum ini. Jadi silk screen pula merujuk kepada sejenis fabrik yang diperbuat daripada kain sutera yang digunakan secara khas untuk membuat screen yang dilekatkan ke atas frame bersaiz A4 ataupun A3 ataupun lebih besar bergantung kepada saiz design atau rekabentuk yang mahu dicetak ke atas baju. Frame ini biasanya diperbuat daripada kayu yang telahpun diketam dengan baik supaya tidak ada selumbar dan sebagainya yang boleh menyebabkan kemalangan yang mendatangkan kecederaan ataupun mengakibatkan kerosakan kepada kain t-shirt yang akan berada di bawah frame tersebut nanti.

Teknik silk screen yang digunakan untuk mencetak custom design di atas baju merupakan teknik yang berusia berkurun lamanya bahkan teknik ini masih kekal lagi sehingga ke hari ini lantaran kos operasinya yang murah untuk kuantiti cetakan yang banyak menimbun. Tidak hairanlah banyak syarikat percetakan dan pakaian yang masih menggunakan teknik screen printing ini kerana memang diakui kehebatannya sekalipun terpaksa bersaing dengan teknologi mencetak custom design di atas baju yang lain seperti heat press dan sebagainya. Sebabnya cuma satu yakni kosnya yang amat rendah dan pada masa yang sama hasil cetakan pada baju juga tidak kurang hebatnya lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan syarikat yang menjalankan kegiatan sebegini.

Baju-baju yang dihasilkan melalui teknik silk screen sebenarnya adalah unik dari sudut-sudut tertentu. Dengan kata lain, apabila sehelai baju telah dicetak dengan dye yang digunakan, secara automatic ia adalah original dan tidak sama dengan sehelai baju yang lain sekalipun designnya sama. Ini kerana sapuan tidak sama tekanannya dan tidak sama serta berbeza dengan baju yang lain. Inilah yang mahalnya tentang silk screen. Unik dan murah. Sudahlah tidak mahal, ganjil pulak tu kan best tu. Hasil daripada teknik mencetak silk screen baju samada untuk baju kelas ataupun baju sekolah ataupun baju persatuan apatah lagi baju kelab dan juga baju tshirt pertandingan dan competition t-shirt amat menarik dan kelihatan asli.

Akan tetapi teknik percetakan sebegini sebenarnya ada kelemahan tersendiri yang tidak dikongsi atau diturunkan secara turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang lain. Kelemahan yang dimaksudkan di sini ialah teknik ini tidak dapat menghasilkan warna berlainan tone atau lebih mudah disebut sebagai gradient. Sekiranya anda minta warna biru, maka warna biru sahaja yang akan digunakan. Jika minta baju warna hitam dan cetak pula dye yang berwarna kuning, maka warna kuning sahaja yang anda akan dapat. Begitu juga jika anda minta baju berwarna merah jambu dan tulisan atau design tersebut berwarna kelabu, maka warna kelabu yang anda akan dapat. Lain company percetakan lain pulalah warna yang dibancuhkan dari segi kepekatannya atau kecairannya. Tetapi jika anda cuba untuk minta warna biru yang berubah kepekatan warnanya dari satu sisi ke sisi yang lain, pencetak tidak mampu melakukannya. Kalau mampu sekalipun, mereka terpaksa memilih untuk mengenakan anda kos yang sangat tinggi sehingga ada kalanya mereka lebih rela menawarkan anda teknik heat press sebagai alternative yang lebih murah. Melainkan kuantiti yang anda order sangat tinggi misalannya melebihi 500 helai, mungkin mereka akan melakukannya.

Di negara kita yang tercinta ini Malaysia, semakin ramai yang celik mata tentang dunia percetakan silk screen ini. Terdapat juga company yang telah menjadikan bidang silk screen ini sebagai hobi pula untuk orang ramai mencuba. Maka banyaklah pakej-pakej diy yang dijual di pasaran untuk memberikan peluang kepada anda untuk mencuba teknik silk screen dan merasai sendiri bagaimana untuk mencetak baju sendiri. Ini memang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika anda seorang pelukis sejati yang pandai melukis kartun atau corak yang cun, anda mesti ingin cuba lihat hasil kerja tangan anda di atas t-shirt yang boleh anda gayakan sendiri dan tentunya bangga dengan pakaian tersebut.

Di negara mat saleh pula seperti di Amerika Syarikat ataupun di United Kingdom England, pakej diy silk screen printing ini sudah banyak di pasaran dan rakyatnya pula dah ramai yang tahu bagaimana untuk buat silk screen. Industri ini semakin meluas di sana bahkan mereka telah merekacipta mesin-mesin yang lebih canggih untuk diaplikasikan dalam pembuatan baju design power. Ada mesin yang kelihatan seperti labah-labah ataupun spider. Mesin-mesin ini membolehkan seseorang untuk menjalankan perniagaan mencetak baju di dalam kawasan yang tidak memerlukan kawasan luas seperti kedai dan sebagainya bahkan mereka boleh melakukannya di rumah sahaja.

Bagi yang sedar bagaimana perniagaan mencetak baju t-shirt ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan bagi sesiapa yang berani mencuba, mereka tidak akan ragu-ragu lagi untuk berbelanja besar sedikit untuk mempelajari teknik mencetak kuno tapi efektif ini. Apa yang penting adalah kerjasama ye itu semua tahu terutama yang menonton rancangan wonder pets alihbahasa. Tetapi apa yang jauh lebih penting adalah motivasi diri dan yakin untuk mencipta peluang sendiri tanpa perlu bergantung kepada gaji bulanan dan syarikat lain. Orang tua-tua selalu berkata di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Mereka juga selalu berkata bahawa sekiranya kita sanggup bersusah-susah dahulu sebelum berenang ke tepian ataupun sekiranya kita sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan, maka satu hari nanti kita akan mencapai kejayaan dan tidak perlu lagi menyusahkan diri bahkan kita akan bersenang lenang dan banyak berehat pula untuk menikmati hasil usaha kita hasil titik peluh kita sendiri. Tiada yang mustahil dalam dunia ini melainkan kita sendiri yang mencari alasan untuk tidak berusaha ke arah kejayaan. Kejayaan yang sebenar itu datang daripada perbuatan kita dan kemahuan kita semua. Siapa berusaha, dialah yang akan dapat nanti hasilnya dan menuai kenikmatan yang didambakan.

About the Author

Jkay Printing merupakan sebuah syarikat percetakan custom made t-shirt unik di Malaysia. Follow kami JKAY PRINTING
View all posts by admin →

Get Updates

Daftarlah dan terima email setiap kali kami update blog kami!

Share This Post

Recent news

Labels

Pahang Darul Makmur
Bera Cameron Highlands Janda Baik Jerantut Kampung Pagi Kuala Lipis Kuantan Lipis Maran Pekan Raub Rompin Bentong

Perak Darul Ridzuan
Kinta Larut Matang Selama Manjung Hilir Perak Kerian Batang Padang Kuala Kangsar Perak Tengah Hulu Perak

Perlis Indera Kayangan

Pulau Pinang Pulau Mutiara
Timur Laut Penang Seberang Perai Tengah Seberang Perai Utara Barat Daya Pulau Pinang Seberang Perai Selatan Georgetown Bukit Bendera Bayan Lepas

Kedah Darul Aman
Sungai Petani Alor Setar Kulim Kubang Pasu Baling Pendang Langkawi Yan Sik Padang Terap Pokok Sena Bandar Baharu

Kelantan Darul Naim
Kota Bharu Pasir Mas Tumpat Bachok Tanah Merah Pasir Puteh Kuala Krai Machang Gua Musang Jeli Lojing

Sabah Negeri di Bawah Bayu
Kota Kinabalu Tawau Sandakan Lahad Datu Keningau Kinabatangan Semporna Papar Penampang Beluran Tuaran Ranau Kota Belud Kudat Kota Marudu Beaufort Kunak Tenom Putatan Pitas Tambunan Tongod Sipitang Nabawan Kuala Penyu

Sarawak Bumi Kenyalang
Kuching Miri Sibu Bintulu Serian Samarahan Sri Aman Marudi Betong Sarikei Kapit Bau Limbang Saratok Mukah Simunjan Lawas Belaga Lundu Asajaya Daro Tatau Maradong Kanowit Lubok Antu Selangau Song Dalat Matu Julau Pakan Padawan

Terengganu Darul Iman
Kuala Terengganu Kemaman Dungun Besut Marang Hulu Terengganu Setiu

Wilayah Persekutuan Malaysia
Labuan Putrajaya

Cyberjaya

Blogroll

Discussion

Negeri Sembilan Darul Khusus
Seremban Bahau Rembau Kuala Pilah Jelebu Tampin Johol Senawang Seremban 2 Sendayan Port Dickson Nilai

Melaka Darul Azim Ayer Keroh Lubuk China Masjid Tanah Sungai Udang

Johor Darul Takzim
Batu Pahat Muar Skudai Stulang Mersing Kota Tinggi Pontian Sungai Mati Tampoi Parit Jawa Johor Bahru Kulaijaya Kluang Segamat Ledang Danga Bay Hutan Bandar Dataran Bandaraya

Kuala Lumpur
Jalan Ampang Jalan Bukit Bintang Jalan Bangsar Jalan Semarang Jalan Chow Kit Jalan Cochrane Jalan Cheng Lock Jalan Damansara Jalan Dang Wangi Jalan Dewan Bahasa Jalan Esfahan Jalan Genting Klang Jalan Hang Jebat Jalan Hang Kasturi Jalan Hang Lekir Jalan Hang Lekiu Jalan Hang Tuah Jalan Imbi Jalan Kinabalu Jalan Kuching Jalan Loke Yew Jalan Maharajalela Jalan Masjid India Lebuh Pasar Besar Medan Pasar Besar Jalan Pahang Jalan Parlimen Jalan Pantai Baharu Jalan Petaling Jalan Pudu Jalan P Ramlee Jalan Raja Chulan Jalan Raja Laut Jalan Sultan Ismail Jalan Sungai Besi Jalan Syed Putra Jalan Tuanku Abdul Rahman Jalan Tun H S Lee Jalan Tun Perak Jalan Tun Tan Siew Sin Jalan Tun Sambanthan Jalan Yap Ah Loy Jalan Yap Kwan Seng

Selangor Darul Ehsan
Subang Shah Alam Petaling Jaya Kuala Selangor Banting Sepang Dengkil Gombak Sabak Bernam Klang Rawang Pasir Panjang Labu Ampang Beranang Cheras Kajang Semenyih Ulu Langat Ulu Semenyih Kuala Langat Bandar Batu Kelanang Morib Tanjong Dua Belas Telok Panglima Garang Jugra Sungai Buloh Ara Damansara Kota Kemuning Kota Damansara Bandar Utama Tanjong Karang Jeram Ijok

© 2015 JKAY PRINTING. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top