Harga Dan Katalog Gildan Malaysia

Harga Dan Katalog Gildan Malaysia
Dapatkan harga terkini pakaian Gildan Malaysia

Cetak Baju Design Sendiri Pos Seluruh Malaysia

2:38 AM - By Jkay Printing

cetak baju tshirt design sendiri malaysia

Khidmat Mencetak Baju T-shirt Design Sendiri

Hari ini kita dapat lihat masyarakat Malaysia amnya semakin lama semakin celik mata dalam dunia percetakan baju t-shirt. Kalau satu waktu dulu percetakan baju melalui kaedah silkscreen merupakan satu-satunya kaedah atau cara yang digunakan untuk mencetak baju tshirt dengan design sendiri, hari ini kita dapat lihat pelbagai kaedah percetakan baju telah pun digunakan dengan meluas di Malaysia negara kita. Salah satu kaedah percetakan baju tshirt yang kian mendapat tempat di kalangan peniaga dan juga peminat baju tshirt adalah kaedah percetakan heat press.

Kaedah heat press merupakan kaedah untuk print baju tshirt design sendiri yang terkini dan setakat ini merupakan antara teknik mencetak design baju tshirt yang paling mudah untuk dilakukan; baik secara individu mahupun oleh peniaga pakaian tempatan. Kaedah ini memerlukan penggunaan sebuah mesin heat press di mana haba digunakan untuk memanaskan design yang dikehendaki ke atas baju. Teknik mencetak ini memang ringkas tetapi hakikatnya langkah kerja untuk menghasilkan satu-satu design yang berkualiti pada sehelai baju memerlukan tahap ketelitian yang tinggi. Lantas kemahiran seseorang pencetak baju amat bergantung kepada pengalamannya dalam mengendalikan mesin dan juga peralatan lain seperti cutting plotter, printer dan sebagainya.

heat press printing machine
Heat Press Machine


Kembali kepada cerita mencetak baju design sendiri, akhir-akhir ini telah muncul banyak pesta atau lebih dikenali sebagai bazaar di mana pengusaha-pengusaha baju tshirt dan pakaian tempatan mempamerkan hasil karya mereka. Antara penganjur bazaar pakaian tempatan yang terkenal ialah TempatanFest, MegaBazaar dan juga BlackBazaar. Sesiapa yang pernah berkunjung ke bazaar-bazaar seperti ini lazimnya menyokong industri tshirt tempatan dan juga produk-produk pakaian yang lain. Masing-masing datang dengan membawa brand baju masing-masing. Ada brand yang meletup dengan kehadiran bazaar seperti ini. Antara brand baju tempatan yang berjaya mendapat tempat di hati pengguna ialah brand Empayar Kuku Besi. Baju-baju tshirt yang dihasilkan oleh mereka sangat menarik dan unik dan tak mungkin didapati di pasaran luar negara. Kualiti baju tshirt mereka juga tidak kurang hebat kalau nak dibandingkan dengan tshirt luar negara.

Selain itu brand yang juga tidak kurang popularnya di kalangan peminat pakaian lokal ialah brand Sedate dan juga brand JOHO. Ada banyak lagi brand lain yang agak top juga dan sekiranya anda tahu, bolehlah berkongsi di ruangan komen nanti ye.

Apa yang penting sebenarnya dalam mencetak baju design sendiri ni? Perkara pertama yang perlu diambilkira dan merupakan perkara yang paling penting dalam pembikinan satu-satu baju ialah rekabentuk yang hendak dipaparkan di atas tshirt tersebut. Tanpa design, baju itu cuma baju kosong. Mungkin ada kualiti dan mungkin juga tidak. Baju kosong yang kurang berkualiti akan mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding tshirt kosong berkualiti tinggi sekiranya design pada baju tersebut dapat menarik perhatian peminat baju tshirt malaysia. Dengan kata lain, design yang bagus dan berkualiti adalah asas dalam penghasilan brand baju yang diminati ramai.

Antara design yang simple dan top serta mendapat tempat baik di dalam negara mahupun di luar negara ialah design Keep Calm. Ada macam-macam jenis quote atau kata-kata mutiara yang disampaikan melalui penggunaan design keep calm ini. Sekadar menyebut beberapa di antaranya ialah:

baju tshirt Keep Calm & Support #Lokalah
baju Keep Calm & Love Malaysia
t-shirt Keep Calm and Be Forever Young
design Keep Calm and Read a Book
baju tshirt Keep Calm because you are beautiful
tshirt keep calm and pretend everything's okay
baju keep calm and do it
keep calm and don't stress me
keep calm and love me
keep calm and trust in god
keep calm and be in love

Keep Calm and Love Him Love Her


Ada banyak lagi dan banyak juga yang canggih-canggih. Design keep calm ini memang popular kerana sesiapa juga boleh menghubungi peniaga dan memberitahu mereka apakah perkataan yang mereka hendak pada baju tshirt mereka. Anda juga boleh memilih warna tulisan dan apakah jenis tulisan yang hendak digunakan dan tidak terhad kepada satu jenis tulisan sahaja.

Selain daripada design tersebut, design yang juga sangat popular ialah design I LOVE. Design I LOVE ialah design di mana “LOVE” digantikan dengan bentuk hati. Antara design I LOVE yang top ialah


I LOVE NEW YORK
I LOVE MALAYSIA
I LOVE THAILAND
I LOVE INDONESIA
I LOVE BALI
I LOVE LANGKAWI
I LOVE TIOMAN
I LOVE PORT DICKSON
I LOVE HATYAI
I LOVE BANGKOK
I LOVE PAHANG
I love johor
I love kedah
I love perak
I love melaka
I love malacca


Baju Tshirt I LOVE

Baju i love ni memang simple designnya. Kombinasi teks dan bentuk hati berwarna merah (selalunya) memang nampak menyerlah apatah lagi bila bentuk hati tersebut nampak besar dan hidup di atas baju. Warna baju yang biasa digunakan untuk meletakkan design i love ni ialah warna tshirt putih, hitam, kuning, merah, dan juga pink.

Malaysia kini dilanda fenomena baju tshirt yang paling top di kalangan remaja masakini khususnya di peringkat sekolah rendah dan menengah. Demam design yang dimaksudkan ialah Design Baju I AM. Baju I AM ni berasal daripada design promosi kamera I AM NIKON. Tetapi design baju i am telah diubahsuai dan diadaptasi kepada penggunaan nama sendiri. Daripada penggunaan font asal nikon kepada bermacam design i am yang lain. Jkay Printing sendiri mengeluarkan bermacam-macam jenis design baju i am untuk dewasa, i am untuk kanak-kanak atau budak, dan juga baju rompers i am untuk bayi atau baby.

Baju Tshirt I AM NIKON
Baju t-shirt I AM

Walau apa design sekalipun, matlamat asal design di atas baju ialah menyerlahkan lagi keterampilan si pemakai tersebut. Dengan kata lain, sekiranya design tersebut menyanggahi adat atau sensitiviti masyarakat setempat, maka perlulah si pemakai elakkan dari memakainya. Benar, masing-masing punya hak dan bebas untuk pakai apa sahaja yang dia rasakan baik untuknya, tetapi dalam kehidupan bermasyarakat, perlu juga untuk kita tunaikan hak komuniti dan masyarakat. Lainlah kalau kita tinggal sendirian di hutan atau sangat jauh dari orang lain, di situ barangkali bolehlah anda pakai apa saja yang anda mahu. Atau jika mahu juga, pakai saja di dalam rumah. Hak bersuara ni perlulah adil timbangtaranya di antara untuk diri sendiri dan juga untuk masyarakat awam.

Minat meletakkan design sendiri di atas baju atau dengan kata mudah custom made baju tshirt ni telah tersebar luas di kalangan bukan sahaja peniaga malahan orang ramai. Jika anda rasa anda ada design lakaran anda sendiri yang anda rasa sesuai untuk dijadikan design baju, anda bolehlah mencari pengusaha baju custom made yang berdekatan atau cari online.

Ada ramai pengusaha printing baju tshirt online di Malaysia antaranya:

Jkay Printing (yang ni saya punya hehe)
t-shirtdesign2u.blogspot.com
mohcetakbaju.com
printtshirt2u.com
tshirtmudah.com
cetakbajumurah.com
tempahbaju.com
cetakbaju.com
eizustshirt.com
t-shirtprinting2u.com
imtiazdigital.com
eprintinghouse.net
ideamaster.com.my
janggutprinting.com
tshirtking.com.my
qasehdalia.com
bikinbajushop.com
roundneck.com
erainecreative.com
celebrateeshop.com
cetakbajumurahpunya.blogspot.com
kilangcetak.com
print-tshirt.net
teeshirtcetak.blogspot.com
sukacetak.blogspot.com
printingbaju.com
jalurembroidery.wordpress.com

Sekiranya anda ada soalan berkaitan dengan cetak baju design sendiri yang tidak sempat saya rakamkan di sini, jangan segan silu untuk contact saya di 018-2029142 melalui whatsapp .

Terima kasih.

Tags:
About the Author

Jkay Printing merupakan sebuah syarikat percetakan custom made t-shirt unik di Malaysia. Follow kami JKAY PRINTING
View all posts by admin →

Get Updates

Daftarlah dan terima email setiap kali kami update blog kami!

Share This Post

Recent news

Labels

Pahang Darul Makmur
Bera Cameron Highlands Janda Baik Jerantut Kampung Pagi Kuala Lipis Kuantan Lipis Maran Pekan Raub Rompin Bentong

Perak Darul Ridzuan
Kinta Larut Matang Selama Manjung Hilir Perak Kerian Batang Padang Kuala Kangsar Perak Tengah Hulu Perak

Perlis Indera Kayangan

Pulau Pinang Pulau Mutiara
Timur Laut Penang Seberang Perai Tengah Seberang Perai Utara Barat Daya Pulau Pinang Seberang Perai Selatan Georgetown Bukit Bendera Bayan Lepas

Kedah Darul Aman
Sungai Petani Alor Setar Kulim Kubang Pasu Baling Pendang Langkawi Yan Sik Padang Terap Pokok Sena Bandar Baharu

Kelantan Darul Naim
Kota Bharu Pasir Mas Tumpat Bachok Tanah Merah Pasir Puteh Kuala Krai Machang Gua Musang Jeli Lojing

Sabah Negeri di Bawah Bayu
Kota Kinabalu Tawau Sandakan Lahad Datu Keningau Kinabatangan Semporna Papar Penampang Beluran Tuaran Ranau Kota Belud Kudat Kota Marudu Beaufort Kunak Tenom Putatan Pitas Tambunan Tongod Sipitang Nabawan Kuala Penyu

Sarawak Bumi Kenyalang
Kuching Miri Sibu Bintulu Serian Samarahan Sri Aman Marudi Betong Sarikei Kapit Bau Limbang Saratok Mukah Simunjan Lawas Belaga Lundu Asajaya Daro Tatau Maradong Kanowit Lubok Antu Selangau Song Dalat Matu Julau Pakan Padawan

Terengganu Darul Iman
Kuala Terengganu Kemaman Dungun Besut Marang Hulu Terengganu Setiu

Wilayah Persekutuan Malaysia
Labuan Putrajaya

Cyberjaya

Blogroll

Discussion

Negeri Sembilan Darul Khusus
Seremban Bahau Rembau Kuala Pilah Jelebu Tampin Johol Senawang Seremban 2 Sendayan Port Dickson Nilai

Melaka Darul Azim Ayer Keroh Lubuk China Masjid Tanah Sungai Udang

Johor Darul Takzim
Batu Pahat Muar Skudai Stulang Mersing Kota Tinggi Pontian Sungai Mati Tampoi Parit Jawa Johor Bahru Kulaijaya Kluang Segamat Ledang Danga Bay Hutan Bandar Dataran Bandaraya

Kuala Lumpur
Jalan Ampang Jalan Bukit Bintang Jalan Bangsar Jalan Semarang Jalan Chow Kit Jalan Cochrane Jalan Cheng Lock Jalan Damansara Jalan Dang Wangi Jalan Dewan Bahasa Jalan Esfahan Jalan Genting Klang Jalan Hang Jebat Jalan Hang Kasturi Jalan Hang Lekir Jalan Hang Lekiu Jalan Hang Tuah Jalan Imbi Jalan Kinabalu Jalan Kuching Jalan Loke Yew Jalan Maharajalela Jalan Masjid India Lebuh Pasar Besar Medan Pasar Besar Jalan Pahang Jalan Parlimen Jalan Pantai Baharu Jalan Petaling Jalan Pudu Jalan P Ramlee Jalan Raja Chulan Jalan Raja Laut Jalan Sultan Ismail Jalan Sungai Besi Jalan Syed Putra Jalan Tuanku Abdul Rahman Jalan Tun H S Lee Jalan Tun Perak Jalan Tun Tan Siew Sin Jalan Tun Sambanthan Jalan Yap Ah Loy Jalan Yap Kwan Seng

Selangor Darul Ehsan
Subang Shah Alam Petaling Jaya Kuala Selangor Banting Sepang Dengkil Gombak Sabak Bernam Klang Rawang Pasir Panjang Labu Ampang Beranang Cheras Kajang Semenyih Ulu Langat Ulu Semenyih Kuala Langat Bandar Batu Kelanang Morib Tanjong Dua Belas Telok Panglima Garang Jugra Sungai Buloh Ara Damansara Kota Kemuning Kota Damansara Bandar Utama Tanjong Karang Jeram Ijok

© 2015 JKAY PRINTING. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top