Harga Dan Katalog Gildan Malaysia

Harga Dan Katalog Gildan Malaysia
Dapatkan harga terkini pakaian Gildan Malaysia
Featured Articles

Decoration

All Stories

Pembekal Dan Pemborong Baju Foursquare Kualiti Super Malaysia

Cari baju brand Foursquare atau Agent Tee untuk diborong?

Hubungi kami di 018-2029142 untuk maklumat lanjut dan harga borong.

Baju Agent Tee Lengan Pendek
Baju Agent Tee Lengan Pendek Kosong (175gsm) - DEWASA


Baju Foursquare Lengan Panjang
Baju Foursquare Lengan Panjang Kosong (170gsm) - DEWASA




Baju Polo Lengan Pendek
Baju Cotton Polo Lengan Pendek Kosong (200gsm) - DEWASA

1:31 PM - By Jkay Printing

Baju Couple Tshirt - He's Mine She's Mine

Baju Couple Tshirt He Is Mine She Is Mine - Red
Baju Couple T-shirt He Is Mine She Is Mine - White

T-shirt Code:He Is Mine She Is Mine
Available Size: XS - XXL
Material: Cotton
Warna: Banyak pilihan warna baju
Price: RM 38
Shipping Cost:
Semenanjung RM 6
Sabah/Sarawak RM 8

BUY NOW! 

Pilihan warna baju

4:09 AM - By Jkay Printing

Baju Couple - I Love My Crazy Wife-Husband

I Love My Crazy Wife/Husband - Black Couple Tshirt
I Love My Crazy Wife/Husband - Red Couple Tshirt


T-shirt Code:I Love My Crazy Wife/Husband
Available Size: XS - XXL
Material: Cotton
Warna: Banyak pilihan warna
Price: RM 45
Shipping Cost:
Semenanjung RM 6
Sabah/Sarawak RM 8

BUY NOW! 

Pilihan warna baju

3:58 AM - By Jkay Printing

Baju I AM Couple - Cupid Arrow

Baju I AM Couple - Royal Blue
Baju Taken By Couple - Black
Baju I LOVE Couple - Purple
Baju Call Me Couple - Black
Font Pilihan

T-shirt Code:Cupid Arrow
Available Size: XS - XXL
Material: Cotton
Warna: Banyak pilihan warna
Price: RM 40 RM 38.00 ON SALE!
Shipping Cost:
Semenanjung RM 6
Sabah/Sarawak RM 8

BUY NOW! 
(Tempahan boleh juga dibuat melalui whatsapp Joe 018-2029142)
Pilihan Warna Baju

3:13 AM - By Jkay Printing

Tempah Design Baju T-shirt I AM - Harga Istimewa

baju i am
Tempah Baju I AM di Jkay Printing
BAJU I AM BIASA
BAJU I AM (tambahan bawah kotak - RM1)
BAJU I AM (tambahan bawah baju - RM2)
BAJU I AM (tambahan lengan kiri/kanan - RM1)
BAJU I AM (tambahan bahagian belakang - RM2)
BAJU I AM (tambahan semua - RM5)
pilihan jenis tulisan font pada baju tshirt
JENIS-JENIS FONT YANG BOLEH DIPILIH UTK DIGAYAKAN PADA BAJU

T-shirt Code:Baju I AM
Available Size: XS - XXL
Material: Cotton
Warna: Banyak pilihan
Price: RM 20.00
Shipping Cost:
Semenanjung RM 6
Sabah/Sarawak RM 8

BUY NOW! 

Tempahan segera boleh juga dibuat melalui whatsapp 018-2029142
untuk harga istimewa!

Pilihan warna baju (bergantung kpd stok yang ada)
SAIZ BAJU T-SHIRT


Baju t-shirt I AM sememangnya satu fenomena pakaian yang trendy dan paling popular di kalangan remaja masakini Malaysia. Kehadiran design baju I AM ini barangkali boleh dirakamkan sebagai satu fenomena atau lebih mesra saya sebut sebagai “demam baju i am” yang terhebat selepas fenomena tudung satu ketika dahulu. Dari dewasa ke kanak-kanak sehinggalah kepada pakaian baby rompers, design I AM ini ternyata amat popular dan sedikit sebanyak telah banyak mengubah persepsi masyarakat terhadap produk t-shirt keluaran anak tempatan. Ini terbukti dengan kemunculan banyak pesta-pesta atau bazaar yang memeriahkan industri pakaian lokal atau tempatan di merata-rata tempat di Malaysia.

Pada mulanya design i am ini bermula apabila syarikat kamera terkemuka dunia nikon melancarkan kempen promosi produk kamera mereka. Kempen nikon ini menggunakan ayat catchy “I AM PHOTOGRAPHY” yang menampilkan frame berwarna kuning  yang menjadi latarbelakang perkataan I AM dan background hitam untuk perkataan PHOTOGRAPHY yang berwarna putih. Variasi juga ada apabila warna kuning hitam putih ini dipinda dari satu background ke background yang lain. antara variasi lain yang nikon jalankan ialah I AM NIKON, I AM PHOTOGRAPHER, I AM BEAUTIFUL, dan bermacam lagi. Kempen nikon ini ternyata mendapat sambutan yang luarbiasa daripada penggemar kamera khususnya kamera DSLR.

Kempen nikon ini kemudiannya dikembangkan kepada kemunculan kelab-kelab kamera di mana ahli-ahli kelab berkumpul dan berkongsi pengalaman dan cerita mereka tentang keistimewaan nikon. Selain daripada itu antara aktiviti utama mereka ialah menangkap gambar pemandangan dan sebagainya lalu kemudian dikongsi sesama ahli kelab untuk mendapatkan pandangan dan kritikan masing-masing. Di dalam setiap perjumpaan aktiviti kelab-kelab kamera ini, mereka selalunya akan mengenakan pakaian baju t-shirt berwarna hitam yang tertera di dada mereka design I AM NIKON dan sebagainya. Dari sinilah lahirnya fenomena baju i am yang kemudiannya diadaptasikan oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira samada si pemakai seorang cameraman ataupun tidak.

Keunikan design nikon ini apabila digabungkan dengan nama sendiri tuan punya baju tshirt tersebut rupa-rupanya telah dapat menarik minat golongan remaja untuk memiliki baju i am ini. Jadi apakah sebenarnya yang mendorong remaja terutama di kalangan yang masih bersekolah menengah ini? Apakah design itu sendiri atau sebenarnya lebih kepada kerana adanya nama mereka di atas baju mereka?

Bukan satu perkara yang rahsia lagi bahawa sememangnya daripada zaman dahulu lagi remaja atau anak muda hakikatnya berada pada satu fasa hidup yang memerlukan mereka mencari jati diri atau bahasa canggihnya mencari identiti diri. Dalam setiap jiwa anak muda, mereka mendambakan sesuatu yang boleh melambangkan identiti mereka dan prinsip hidup mereka. Tidak cukup dengan melahirkannya melalui kata-kata, mereka lihat ada peluang daripada design i am ini untuk menampilkan keunikan dan citarasa diri mereka. Ditambah pula dengan melihat rakan-rakan lain telahpun mengenakan design tshirt i am ini dan semakin hari semakin ramai, mereka tidak mahu terlepas peluang untuk turut sama “diterima” di dalam kelompok mereka, dengan kata lain tak mau dikatakan ketinggalan keretapi.

Tidak kira apa jua tuntutan anak muda sekarang, saya secara peribadi merasakan ini bukanlah satu kesalahan bahkan ia jauh lebih baik daripada menonjolkan identiti yang tidak menepati jiwa masyarakat Asia amnya. Design baju i am ini amat simple sekaligus elegan dan sama sekali tidak menonjolkan apa-apa yang tidak baik kepada diri si pemakai. Hakikatnya si pemakai akan memiliki aura keterampilan yang tersendiri apabila mengenakan baju design i am ini.

Tempah Baju I AM Online
Hari ini kita dapat lihat ada banyak pengusaha baju t-shirt di internet. Ada yang telah lama berkecimpung dalam bidang percetakan baju di mana sebelum adanya internet, mereka telah lama bergiat mencetak baju menggunakan teknologi silkscreen. Selain daripada itu, ada juga yang masih baru dalam dunia percetakan pakaian ini. Namun kehadiran teknologi heat press mengubah nasib mereka di mana teknologi ini semakin memudahkan untuk seseorang yang minat mencetak baju tshirt menghasilkan pakaian keluaran mereka. Demam baju thisrt  i am ini tidak boleh dinafikan banyak membantu mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih matang yakni ia telah melonjak nama dan reputasi syarikat mereka.

Kehadiran syarikat-syarikat atau pengusaha-pengusaha baju tshirt yang baru ini tidak seharusnya dipandang lekeh oleh masyarakat dan pada masa yang sama, masyarakat tidak juga seharusnya meletakkan harapan atau jangkaan yang terlalu tinggi kepada mereka. Syarikat kecil tidak mempunyai dana modal yang besar untuk menyimpan stok pakaian dalam kuantiti yang banyak. Begitu juga dengan mesin-mesin cetak baju, mereka tidak dapat memiliki lebih daripada satu atau dua unit. Justeru itu masa yang diambil untuk satu-satu baju disiapkan barangkali akan bertambah kerana pengusaha harus mendapatkan pula kepastian daripada pembekal baju contohnya samada stok baju yang dikehendaki oleh pelanggan masih ada atau tidak.

Warna-warna baju i am yang biasa diminta oleh pelanggan masakini ialah baju warna hitam, baju warna putih, baju warna pink, baju warna navy blue, baju warna merah, baju kuning, baju kelabu, dan sebagainya. Adakalanya warna baju yang dipinta oleh pelanggan tidak ada dalam stok pembekal, maka pengusaha baju harus cuba untuk meminta pelanggan memilih warna yang lain. Dalam proses ini, ada pelanggan yang berubah hati (tawar hati) dan memilih untuk berurusan dengan pengusaha baju yang lain. Ini semua adalah antara risiko yang senantiasa dihadapi oleh pengusaha baju kecil-kecilan di malaysia. Begitu juga dengan saiz baju. Saiz baju biasanya bermula daripada baju tshirt saiz XS sehinggalah baju saiz XXXL. Perbezaan saiz baju mengikut brand baju sebenarnya tidak terlalu ketara sehingga menyusahkan pelanggan. Komuniti kita di Malaysia telah biasa dengan saiz tanpa terlalu berkira dengan inci atau sentimeter setiap saiz.

Design baju tshirt i am hari ini telah banyak berubah dan makin hari makin banyak variasinya. Ini banyak bergantung kepada kreativiti si pengusaha baju dan juga tidak kurang hebatnya kreativiti pelanggan sendiri. Dalam kes ini, syarikat Jkay Printing sendiri banyak menerima tempahan daripada pelanggan yang mahukan design-design tertentu pada baju i am mereka. Selain daripada baju i am biasa, mereka juga ingin menambah teks-teks atau tulisan tertentu di bawah kotak misalnya ataupun di bahagian belakang baju tshirt. Ada juga yang ingin menambah nombor di lengan misalnya.

Selain daripada baju tshirt i am, design i am ini juga boleh disesuaikan kepada baju jenis lain seperti baju polo tshirt, hoodies, sweatshirt, dan lain-lain. Baju jenis dryfit atau microfiber juga sangat popular di kalangan anak muda terutama yang terlibat dengan sukan atau aktiviti yang mengeluarkan peluh. Walau apapun pilihan mereka, keputusan akhir bagaimana design i am ini akan terserlah di atas baju tshirt terletak di tangan pengusaha baju macam Jkay Printing. Pengalaman dan kreativiti kami merupakan aset paling penting dalam menentukan halatuju dan reputasi syarikat. Saya memohon para pengunjung laman ini agar turut sama mendoakan kejayaan syarikat Jkay Printing. Memang, ada banyak kelemahan dalam pengurusan syarikat kami yang kecil ini. Kami berjanji untuk mencuba sedaya-upaya memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut dari masa ke semasa, Insyaallah.

Semoga kita bertemu di lembaran yang lain. Terima kasih sekali lagi kerana meluangkan masa di Jkay Printing.
9:08 AM - By Jkay Printing

Would You Marry Me Couple T-shirts

Would You Marry Me? Couple Red T-shirts
Would You Marry Me? Couple Black T-shirts
Would You Marry Me? Couple White T-shirts

T-shirt Code:Would You Marry Me
Available Size: XS - XXL
Material: Cotton
Warna: Hitam/Putih/Merah/Kuning/Navy Blue/Royal Blue/Fuchsia/Pink
Price: RM 50
Shipping Cost:
Semenanjung RM 6
Sabah/Sarawak RM 8

BUY NOW! 

(Tempahan boleh juga dibuat melalui Whatsapp ke Joe di 018-2029142)
3:28 AM - By Jkay Printing

T-shirt Couple Keep Calm and LOVE Him Her

Keep Calm and Love Him Couple - Black T-shirts

Keep Calm and Love Her Couple - White T-shirts


T-shirt Code:Keep Calm and Love Him Her
Available Size: XS - XXL
Material: Cotton
Warna: Hitam/Putih/Merah/Pink/Royal Blue/Fuchsia/Kuning/Navy Blue
Price: RM 50
Shipping Cost: FREE
Semenanjung RM 6
Sabah/Sarawak RM 8

BUY NOW! 

3:10 AM - By Jkay Printing

Cetak Baju Design Sendiri Pos Seluruh Malaysia

cetak baju tshirt design sendiri malaysia

Khidmat Mencetak Baju T-shirt Design Sendiri

Hari ini kita dapat lihat masyarakat Malaysia amnya semakin lama semakin celik mata dalam dunia percetakan baju t-shirt. Kalau satu waktu dulu percetakan baju melalui kaedah silkscreen merupakan satu-satunya kaedah atau cara yang digunakan untuk mencetak baju tshirt dengan design sendiri, hari ini kita dapat lihat pelbagai kaedah percetakan baju telah pun digunakan dengan meluas di Malaysia negara kita. Salah satu kaedah percetakan baju tshirt yang kian mendapat tempat di kalangan peniaga dan juga peminat baju tshirt adalah kaedah percetakan heat press.

Kaedah heat press merupakan kaedah untuk print baju tshirt design sendiri yang terkini dan setakat ini merupakan antara teknik mencetak design baju tshirt yang paling mudah untuk dilakukan; baik secara individu mahupun oleh peniaga pakaian tempatan. Kaedah ini memerlukan penggunaan sebuah mesin heat press di mana haba digunakan untuk memanaskan design yang dikehendaki ke atas baju. Teknik mencetak ini memang ringkas tetapi hakikatnya langkah kerja untuk menghasilkan satu-satu design yang berkualiti pada sehelai baju memerlukan tahap ketelitian yang tinggi. Lantas kemahiran seseorang pencetak baju amat bergantung kepada pengalamannya dalam mengendalikan mesin dan juga peralatan lain seperti cutting plotter, printer dan sebagainya.

heat press printing machine
Heat Press Machine


Kembali kepada cerita mencetak baju design sendiri, akhir-akhir ini telah muncul banyak pesta atau lebih dikenali sebagai bazaar di mana pengusaha-pengusaha baju tshirt dan pakaian tempatan mempamerkan hasil karya mereka. Antara penganjur bazaar pakaian tempatan yang terkenal ialah TempatanFest, MegaBazaar dan juga BlackBazaar. Sesiapa yang pernah berkunjung ke bazaar-bazaar seperti ini lazimnya menyokong industri tshirt tempatan dan juga produk-produk pakaian yang lain. Masing-masing datang dengan membawa brand baju masing-masing. Ada brand yang meletup dengan kehadiran bazaar seperti ini. Antara brand baju tempatan yang berjaya mendapat tempat di hati pengguna ialah brand Empayar Kuku Besi. Baju-baju tshirt yang dihasilkan oleh mereka sangat menarik dan unik dan tak mungkin didapati di pasaran luar negara. Kualiti baju tshirt mereka juga tidak kurang hebat kalau nak dibandingkan dengan tshirt luar negara.

Selain itu brand yang juga tidak kurang popularnya di kalangan peminat pakaian lokal ialah brand Sedate dan juga brand JOHO. Ada banyak lagi brand lain yang agak top juga dan sekiranya anda tahu, bolehlah berkongsi di ruangan komen nanti ye.

Apa yang penting sebenarnya dalam mencetak baju design sendiri ni? Perkara pertama yang perlu diambilkira dan merupakan perkara yang paling penting dalam pembikinan satu-satu baju ialah rekabentuk yang hendak dipaparkan di atas tshirt tersebut. Tanpa design, baju itu cuma baju kosong. Mungkin ada kualiti dan mungkin juga tidak. Baju kosong yang kurang berkualiti akan mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding tshirt kosong berkualiti tinggi sekiranya design pada baju tersebut dapat menarik perhatian peminat baju tshirt malaysia. Dengan kata lain, design yang bagus dan berkualiti adalah asas dalam penghasilan brand baju yang diminati ramai.

Antara design yang simple dan top serta mendapat tempat baik di dalam negara mahupun di luar negara ialah design Keep Calm. Ada macam-macam jenis quote atau kata-kata mutiara yang disampaikan melalui penggunaan design keep calm ini. Sekadar menyebut beberapa di antaranya ialah:

baju tshirt Keep Calm & Support #Lokalah
baju Keep Calm & Love Malaysia
t-shirt Keep Calm and Be Forever Young
design Keep Calm and Read a Book
baju tshirt Keep Calm because you are beautiful
tshirt keep calm and pretend everything's okay
baju keep calm and do it
keep calm and don't stress me
keep calm and love me
keep calm and trust in god
keep calm and be in love

Keep Calm and Love Him Love Her


Ada banyak lagi dan banyak juga yang canggih-canggih. Design keep calm ini memang popular kerana sesiapa juga boleh menghubungi peniaga dan memberitahu mereka apakah perkataan yang mereka hendak pada baju tshirt mereka. Anda juga boleh memilih warna tulisan dan apakah jenis tulisan yang hendak digunakan dan tidak terhad kepada satu jenis tulisan sahaja.

Selain daripada design tersebut, design yang juga sangat popular ialah design I LOVE. Design I LOVE ialah design di mana “LOVE” digantikan dengan bentuk hati. Antara design I LOVE yang top ialah


I LOVE NEW YORK
I LOVE MALAYSIA
I LOVE THAILAND
I LOVE INDONESIA
I LOVE BALI
I LOVE LANGKAWI
I LOVE TIOMAN
I LOVE PORT DICKSON
I LOVE HATYAI
I LOVE BANGKOK
I LOVE PAHANG
I love johor
I love kedah
I love perak
I love melaka
I love malacca


Baju Tshirt I LOVE

Baju i love ni memang simple designnya. Kombinasi teks dan bentuk hati berwarna merah (selalunya) memang nampak menyerlah apatah lagi bila bentuk hati tersebut nampak besar dan hidup di atas baju. Warna baju yang biasa digunakan untuk meletakkan design i love ni ialah warna tshirt putih, hitam, kuning, merah, dan juga pink.

Malaysia kini dilanda fenomena baju tshirt yang paling top di kalangan remaja masakini khususnya di peringkat sekolah rendah dan menengah. Demam design yang dimaksudkan ialah Design Baju I AM. Baju I AM ni berasal daripada design promosi kamera I AM NIKON. Tetapi design baju i am telah diubahsuai dan diadaptasi kepada penggunaan nama sendiri. Daripada penggunaan font asal nikon kepada bermacam design i am yang lain. Jkay Printing sendiri mengeluarkan bermacam-macam jenis design baju i am untuk dewasa, i am untuk kanak-kanak atau budak, dan juga baju rompers i am untuk bayi atau baby.

Baju Tshirt I AM NIKON
Baju t-shirt I AM

Walau apa design sekalipun, matlamat asal design di atas baju ialah menyerlahkan lagi keterampilan si pemakai tersebut. Dengan kata lain, sekiranya design tersebut menyanggahi adat atau sensitiviti masyarakat setempat, maka perlulah si pemakai elakkan dari memakainya. Benar, masing-masing punya hak dan bebas untuk pakai apa sahaja yang dia rasakan baik untuknya, tetapi dalam kehidupan bermasyarakat, perlu juga untuk kita tunaikan hak komuniti dan masyarakat. Lainlah kalau kita tinggal sendirian di hutan atau sangat jauh dari orang lain, di situ barangkali bolehlah anda pakai apa saja yang anda mahu. Atau jika mahu juga, pakai saja di dalam rumah. Hak bersuara ni perlulah adil timbangtaranya di antara untuk diri sendiri dan juga untuk masyarakat awam.

Minat meletakkan design sendiri di atas baju atau dengan kata mudah custom made baju tshirt ni telah tersebar luas di kalangan bukan sahaja peniaga malahan orang ramai. Jika anda rasa anda ada design lakaran anda sendiri yang anda rasa sesuai untuk dijadikan design baju, anda bolehlah mencari pengusaha baju custom made yang berdekatan atau cari online.

Ada ramai pengusaha printing baju tshirt online di Malaysia antaranya:

Jkay Printing (yang ni saya punya hehe)
t-shirtdesign2u.blogspot.com
mohcetakbaju.com
printtshirt2u.com
tshirtmudah.com
cetakbajumurah.com
tempahbaju.com
cetakbaju.com
eizustshirt.com
t-shirtprinting2u.com
imtiazdigital.com
eprintinghouse.net
ideamaster.com.my
janggutprinting.com
tshirtking.com.my
qasehdalia.com
bikinbajushop.com
roundneck.com
erainecreative.com
celebrateeshop.com
cetakbajumurahpunya.blogspot.com
kilangcetak.com
print-tshirt.net
teeshirtcetak.blogspot.com
sukacetak.blogspot.com
printingbaju.com
jalurembroidery.wordpress.com

Sekiranya anda ada soalan berkaitan dengan cetak baju design sendiri yang tidak sempat saya rakamkan di sini, jangan segan silu untuk contact saya di 018-2029142 melalui whatsapp .

Terima kasih.
2:38 AM - By Jkay Printing

Recent news

Labels

Pahang Darul Makmur
Bera Cameron Highlands Janda Baik Jerantut Kampung Pagi Kuala Lipis Kuantan Lipis Maran Pekan Raub Rompin Bentong

Perak Darul Ridzuan
Kinta Larut Matang Selama Manjung Hilir Perak Kerian Batang Padang Kuala Kangsar Perak Tengah Hulu Perak

Perlis Indera Kayangan

Pulau Pinang Pulau Mutiara
Timur Laut Penang Seberang Perai Tengah Seberang Perai Utara Barat Daya Pulau Pinang Seberang Perai Selatan Georgetown Bukit Bendera Bayan Lepas

Kedah Darul Aman
Sungai Petani Alor Setar Kulim Kubang Pasu Baling Pendang Langkawi Yan Sik Padang Terap Pokok Sena Bandar Baharu

Kelantan Darul Naim
Kota Bharu Pasir Mas Tumpat Bachok Tanah Merah Pasir Puteh Kuala Krai Machang Gua Musang Jeli Lojing

Sabah Negeri di Bawah Bayu
Kota Kinabalu Tawau Sandakan Lahad Datu Keningau Kinabatangan Semporna Papar Penampang Beluran Tuaran Ranau Kota Belud Kudat Kota Marudu Beaufort Kunak Tenom Putatan Pitas Tambunan Tongod Sipitang Nabawan Kuala Penyu

Sarawak Bumi Kenyalang
Kuching Miri Sibu Bintulu Serian Samarahan Sri Aman Marudi Betong Sarikei Kapit Bau Limbang Saratok Mukah Simunjan Lawas Belaga Lundu Asajaya Daro Tatau Maradong Kanowit Lubok Antu Selangau Song Dalat Matu Julau Pakan Padawan

Terengganu Darul Iman
Kuala Terengganu Kemaman Dungun Besut Marang Hulu Terengganu Setiu

Wilayah Persekutuan Malaysia
Labuan Putrajaya

Cyberjaya

Blogroll

Discussion

Negeri Sembilan Darul Khusus
Seremban Bahau Rembau Kuala Pilah Jelebu Tampin Johol Senawang Seremban 2 Sendayan Port Dickson Nilai

Melaka Darul Azim Ayer Keroh Lubuk China Masjid Tanah Sungai Udang

Johor Darul Takzim
Batu Pahat Muar Skudai Stulang Mersing Kota Tinggi Pontian Sungai Mati Tampoi Parit Jawa Johor Bahru Kulaijaya Kluang Segamat Ledang Danga Bay Hutan Bandar Dataran Bandaraya

Kuala Lumpur
Jalan Ampang Jalan Bukit Bintang Jalan Bangsar Jalan Semarang Jalan Chow Kit Jalan Cochrane Jalan Cheng Lock Jalan Damansara Jalan Dang Wangi Jalan Dewan Bahasa Jalan Esfahan Jalan Genting Klang Jalan Hang Jebat Jalan Hang Kasturi Jalan Hang Lekir Jalan Hang Lekiu Jalan Hang Tuah Jalan Imbi Jalan Kinabalu Jalan Kuching Jalan Loke Yew Jalan Maharajalela Jalan Masjid India Lebuh Pasar Besar Medan Pasar Besar Jalan Pahang Jalan Parlimen Jalan Pantai Baharu Jalan Petaling Jalan Pudu Jalan P Ramlee Jalan Raja Chulan Jalan Raja Laut Jalan Sultan Ismail Jalan Sungai Besi Jalan Syed Putra Jalan Tuanku Abdul Rahman Jalan Tun H S Lee Jalan Tun Perak Jalan Tun Tan Siew Sin Jalan Tun Sambanthan Jalan Yap Ah Loy Jalan Yap Kwan Seng

Selangor Darul Ehsan
Subang Shah Alam Petaling Jaya Kuala Selangor Banting Sepang Dengkil Gombak Sabak Bernam Klang Rawang Pasir Panjang Labu Ampang Beranang Cheras Kajang Semenyih Ulu Langat Ulu Semenyih Kuala Langat Bandar Batu Kelanang Morib Tanjong Dua Belas Telok Panglima Garang Jugra Sungai Buloh Ara Damansara Kota Kemuning Kota Damansara Bandar Utama Tanjong Karang Jeram Ijok

© 2015 JKAY PRINTING. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top